10:47 PM

Diabetes Menyebabkan Penyakit Buah Pinggang?


Buah pinggang adalah organ-organ yang amat menakjubkan. Di dalamnya terdapat berjuta pembuluh darah halus uang bertindak sebagai penapis. Fungsinya adalah untuk membuang bahan buangan daripada darah. 

Kadangkala sistem penapis akan rosak. Diabetes boleh merosakkan buah pinggang dan menyebabkannya untuk gagal berfungsi. Buah pinggang yang gagal berfungsi kehilangan keupayaannya untuk menapis bahan buangan sekali gus menyebabkan penyakit buah pinggang. 

Bagaimana diabetes boleh disebabkan penyakit buah pinggang? 

Apabila tubuh mencerna protein yang dimakan, proses ini menghasilkan bahan buangan. Di dalam buah pinggang terdapat pembuluh darah halus (kapilari) dengan lubang lebih halus di dalamnya bertindak sebagai penapis. 

Apabila darah mengalir melalui pembuluh darah, molekul kecil seperti bahan buangan menghimpit lubang. Bahan buangan ini menjadi sebahagian air kencing. Bahan berguna, seperti protein dan sel darah merah terlalu besar untuk melalui lubang di dalam penapis dan kekal di dalam darah. 

Diabetes boleh merosakkan sistem. Tahap gula yang tinggi dalam darah menjadikan buah pinggang menapis terlalu banyak darah. Semua kerja berlebihan ini memberi kesan kepada penapis. 

Selepas beberapa tahun, ia mula bocor dan protein berguna hilang dalam air kencing. Sejumlah kecil protein di dalam air kencing dikenali sebagai mikroalbuminuria. 

Apabila buah pinggang didiagnosis awal, semasa microalbuminuria, beberapa rawatan boleh dilakukan untuk mengelak penyakit buah pinggang daripada menjadi teruk. Memiliki sejumlah besar protein dalam air kencing dikenali sebagai makroalbuminuria. Apabila penyakit buah pinggang dikesan lambat semasa makroalbuminuria, penyakit renal tahap akhir atau ESRD biasanya akan menyusul. 

Seiring masa, tekanan berlebihan menyebabkan buah pinggang kehilangan kebolehan untuk menapis. Bahan buangan kemudiannya akan mula terbina dalam darah. Akhirnya buah pinggang akan gagal berfungsi. Kegagalan yang dikenali sebagai ESRD ini amatlah serius. Penghidap ESRD memerlukan pemindahan buah pinggang atau memerlukan darah mereka ditapis oleh mesin (dialisis). 

Tidak semua penghidap diabetes mendapat penyakit buah pinggang. Faktor-faktor yang boleh memberi pengaruh terhadap penyakit buah pinggang termasuklah genetik, kawalan gula dalam darah, dan tekanan darah. Pengawalan baik diabetes dan tekanan darah merendahkan peluang untuk mendapat penyakit buah pinggang. 

Gejala-Gejala 

Gejala-gejala penyakit buah pinggang tidak spesifik. Gejala pertama penyakit buah pinggang adalah pertambahan cecair. Gejala-gejala lain penyakit buah pinggang termasuklah hilang keinginan untuk tidur, hilang selera, sakit perut, rasa lemah dan kesukaran memberi penumpuan. 

Adalah penting untuk pesakit berjumpa doktor dengan kerap. Doktor akan memeriksa tekanan darah, air kencing (untuk protein), darah (untuk bahan buangan) dan organ-organ untuk komplikasi lain diabetes. 

Pencegahan 

Penyakit buah pinggang boleh dicegah melalui cara memastikan gula dalam darah berada dalam lingkungan sasaran anda. Penyelidik telah menunjukkan bahawa kawalan gula dalam darah yang ketat mengurangkan satu pertiga risiko mikroalbuminuria. 

Bagi penghidap mikroalbuminuria, risiko untuk berkembang menjadi makroalbuminuria akan menjadi separuh. 

Kajian lain telah mencadangkan bahawa kawalan ketat boleh menterbalikkan mikroalbuminuria. 

Rawatan Penyakit Buah Pinggang 

1. Rawatan Sendiri 
Rawatan penting untuk penyakit buah pinggang adalah kawalan ketat glukos dalam darah dan tekanan darah. Tekanan darah memiliki kesan luar biasa pada kadar perkembangan penyakit. Malah peningkatan sedikit dalam tekanan darah boleh dengan pantasnya menjadikan penyakit buah pinggang menjadi lebih teruk. 

Empat cara merendahkan tekanan darah adalah mengurangkan berat badan, kurang mengambil garam, mengelak alkohol dan tembakau, dan melakukan senaman dengan kerap. 

2. Ubatan 
Apabila kaedah-kaedah yang telah disebutkan tadi gagal, ubat tertentu mampu merendahkan tekanan darah. Terdapat beberapa jenis ubat tekanan darah. Namun begitu, tidak semuanya baik untuk pesakit diabetes. Ada antaranya menaikkan tahap tekanan darah atau melindungi beberapa gejala-gejala gula rendah dalam darah. 

Doktor biasanya lebih menyarankanpesakit diabetes mengambil ubat tekanan darah yang dikenali sebagai perencat ACE. Perencat ACE amat dicadangkan untuk kebanyakan penghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang. 

3. Diet
Rawatan lain yang digunakan untuk merawat mikroalbuminuria adalah diet rendah protein. Protein biasanya meningkat apabila buah pinggang bekerja terlalu kuat. 

Diet rendah protein boleh mengurangkan kehilangan protein dalam air kencing dan meningkatkan tahap protein dalam darah. Namun begitu jangan sesekali memulakan diet rendah protein tanpa berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu. 

4. Kegagalan Buah Pinggang 
Sebaik buah pinggang gagal berfungsi, dialisis amat perlu. Pesakit perlu memilih sama ada untuk menyambung dialisis atau mendapatkan pemindahan buah pinggang. Pilihan ini perlu dibuat secara berbincang antara doktor, pakar pemindahan buah pinggang dan pakar psikologi dengan pesakit. 

Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Pesakit Diabetes 

Sekiranya anda mempunyai budget lebih, amat disarankan untuk mengambil Vivix. 





Merupakan supplement anti-penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, perlindungan anti-oksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan. 

Selain Vivix, boleh mencuba set diabetes berikut. 


 GLA Complex menghalang kompilasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi. 


Zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaik diabetes


B-Complex menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrate dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

Dapatkan Produk untuk Set Penyakit Buah Pinggang dengan HARGA ISTIMEWA daripada yaya! Setiap pelanggan akan diberikan TIPs & JADUAL Pemakanan tau.. CEPAT!! CEPAT !!

Ready stocks available! 
    Hubungi Yaya | SID 1072506 

    PM/Whatsapp/WeChat | 017 360 4001

    COD area: Kuala Lumpur, Gombak, Taman Melewati, Wangsa Maju, Keramat, Ampang, Putrajaya,Cyberjaya, Cheras, Sri Rampai, Kg.Bharu, Sri Rampai, Jalan Tun Razak, Jalan Semarak, dll.

No comments:

Post a Comment

Ready stock ALWAYS available!!

Ready stock ALWAYS available!!