2:20 AM

Set Gout Shaklee dan Apa itu Gout?

Assalamualaikum semua...

Petang ini saya nak share dengan sahabat2 semua tentang supplements yang boleh diambil sebagai ikhtiar pesakit2 gout... 


Set Gout terdiri dari 4 produk shakle:-
  • Advance joint health shaklee
  • Omega Guard
  • Alfalfa Complex
  • Perfomence Drink
Ok sebelum tu mari kita kenali:-


Apa itu Gout?

Gout adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik (uric acid) di dalam darah yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi pesakit gout , asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama-kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat . Asid urik ini kemudian akan mendap di bahagian sendi terutama di bahagian sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di bahagian sendi yang lain seperti di bahagian belakang, kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Asid urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terlibat.

Gout adalah salah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku kepada individu yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun penyakit ini boleh menyerang semua peringkat umur termasuk remaja. Gout juga boleh disebabkan oleh masalah kegemukan, tekanan, kerosakkan buah pinggang. Penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik kesan sampingan ubat 'diuretik' dan akibat penyakit lain seperti tekanan darah tinggi serta kebuluran.

Bila Serangan Berlaku?

Serangan berlaku secara mengejut dan cepat tidak seperti 'artritis' lain yang menyerang perlahan-lahan. sendi terlibat terasa sangat sakit yang amat sangat. Serangan gout berlaku pada satu sendi tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. manakala serangan kedua biasanya mengambil masa yang agak lama sehingga bertahun dan serangan ini boleh berulang dari semasa ke semasa biasanya pada sendi yang sama.


Faktor penyumbang penyakit Gout

Serangan gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor:-


1. Pengambilan berlebihan minuman beralkohol.
2. Banyak mengambil makanan yang kaya dengan 'purin'.
3. Kecederaan kecil pada sendi.
4. Kurang pengambilan air kosong.
5. Badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubatan.
6. Mengamalkan diet yang melampau.

Cara Mengatasi Gout

Antara langkah bijak yang perlu diambil oleh pesakit ialah:-

  1. Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber haiwan.
  2. Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
  3. Bagi individu yang bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol hadkan pengambilan kepada 1 gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari kerana alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.
  4. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
  5. Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.
  6. Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
  7. Hadkan pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami pertambahan berat badan.
Dapatkan Set Gout Shaklee daripada Yaya dengan HARGA ISTIMEWA sekarang!

 Ready stocks available! 
    Hubungi Yaya | SID 1072506 

    PM/Whatsapp/WeChat | 017 360 4001

    COD area: Kuala Lumpur, Gombak, Taman Melewati, Wangsa Maju, Keramat, Ampang, Putrajaya,Cyberjaya, Cheras, Sri Rampai, Kg.Bharu, Sri Rampai, Jalan Tun Razak, Jalan Semarak, dll.

No comments:

Post a Comment

Ready stock ALWAYS available!!

Ready stock ALWAYS available!!