Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara.
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
Simptom-simptom
- Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.
- Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
- Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.
- Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.
Bagaimana serangan asma boleh berlaku? Apakah punca-puncanya?
- Serangan asma selalunya berlaku disebabkan rangsangan. Sama ada rangsangan dari luar mahupun dalam.
- Rangsangan alergen. Contoh-contohnya adalah seperti habuk, lipas, debu tungau dan sebagainya. Anda perlu lihat di kawasan rumah anda sama ada mempunyai karpet yang berdebu atau tingkap anda sering terbuka yang menyebabkan debu-debu luar sering masuk ke dalam rumah.
- Bulu binatang peliharaan. Rata-rata ramai yang memelihara kucing di mana bulu binatang-binatang ini sering merangsang serangan asma. Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi, anda tidak digalakkan untuk membela binatang peliharaan yang berbulu seperti kucing.
- Pencemaran udara. Pencemaran udara tidak kira mahupun luar ataupun dalam boleh merangsang serangan penyakit asma. Sebab itu kalau boleh pastikan tingkap ditutup. Kadang-kadang ada juga di rumah berdekatan dengan kerja-kerja pembangunan yang membawa pencemaran udara ke dalam rumah. Di ulang, pastikan tingkap anda ditutup sekiranya rumah anda mudah terdedah dengan habuk mahupun segala bentuk pencemaran udara di luar.
- Cuaca. Cuaca juga tidak kurang penting dalam memainkan peranan dalam merangsang serangan asma. Selalu asma dikaitkan dengan cuaca sejuk. Terutamanya di waktu malam dan di awal pagi.
- Senaman. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan, tetapi terdapat juga bukti yang menunjukkan serangan asma boleh berlaku ketika bersenam. Ia digelar ‘exercise-induced asthma’. Tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Anda masih lagi boleh bersenam sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengawal asma anda.
Siapa yang selalu berisiko untuk mendapat penyakit asma?
- Penyakit asma boleh berlaku pada semua peringkat umur. Tetapi seringkali asma ini berlaku ketika kecil lagi. Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat asma ialah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit asma mahupun alergi. Sekiranya terdapat keluarga anda yang alergi kepada makanan laut misalnya, ahli keluarga anda juga turut berpotensi untuk menghidap asma. Sejarah ibu-bapa yang mempunyai asma meningkatkan kepada 3 hingga 6 kali ganda untuk anak menghidapi asma. Dari segi jantina, ia sering berlaku kepada lelaki ketika kanak-kanak.
Di Shaklee salah satu supplemen yang boleh diamalkan untuk mereka yang asma dan lelah ini adalah OMEGA GUARD, Omega Guard ini adalah pati minyak ikan tulin yg diesktrak dar iikan laut dalam yang bersifat panas, cuba bayangkan macam mana ikan ini boleh hidup dalam lautan yang sejuk dengan tekanan yang sangat tinggi tu. Ini adalah kerana ikan ini mempunyai sifat anti freeze yang sangat tinggi.
Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti ikan sardin, ikan kembung, ikan bilis dan ikan herring diperairan negara Jepun. Ia bukan diambil dari hati ikan. Ketumpatan Omega Guard adalah 3 kali ganda berbanding ketumpatan minyak hati ikan.
Omega Guard Shaklee membekalkan rangkaian penuh 7 spektrum minyak ikan berbanding minyak ikan yang berada dipasaran. Manfaat omega guard adalah untuk seluruh ahli keluarga daripada bayi kecil, kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga tua.
Manfaat Omega-3 untuk Bayi
- Perkembangan Kognitif : beberapa kajian mendapati bayi yang dibekalkan dengan asid lemak omega-3 DHA menunjukkan peningkatan dalam fokus, kemahiran sosial dan ujian kepintaran. Bayi-bayi yang mendapat bekalan omega-3 DHA dan EPA (semasa ibu mengandung dan menyusu) mendapat keputusan yang lebih tinggi dalam ujian kognitif pada usia 4 tahun berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat DHA dan EPA.
- Risiko Asma : Kajian pada tahun 2008 mendapati ibu mereka mengambil minyak ketika mengandung, anak-anak mereka kurang mendapat asma.
- Pembesaran : Membantu pembesaran dan perkembangan otak bagi bayi pra-matang.
- Kelahiran Pra-Matang : Kajian pada tahun 2003 menunjukkan wanita yang mengambil telur yang diperkaya dengan omega-3 kurang melahirkan bayi pra-matang berbanding yang tidak mengambilnya.
Manfaat Omega-3 untuk Kanak-kanak dan remaja
- Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) : Kanak-kanak yang hiperaktif biasanya mempunyai jumlah omega-3 yang rendah berbanding kanak-kanak normal. Penggunaan suplemen omega-3 dapat membantu membaiki tingkah laku, mengurangkan hiperaktif, dan meningkatkan tumpuan bagi kanak-kanak bawah 12 tahun
- Diabetes : Satu kajian kecil yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang mengidap diabetes jenis ke-2 (diabetes mellitus), mereka yang makan makanan yang tinggi kandungan omega-3 mampu mengurangkan tahap diabetes.
- Kemurungan : Kajian pada 2006, minyak ikan mampu mengurangkan simptom kemurungan keatas kanak-kanak dari usia 6-12 tahun.
- Kardiovaskular : Orang yang mengambil ikan dua kali seminggu mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah. Satu kajian lain menunjukkan minyak ikan dalam bentuk makanan atau suplemen mampu mengurangkan risiko kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular sebanyak 32%. Mereka yang mengidap sakit jantung juga dinasihatkan mengambil 1 gram minyak ikan omega-3 setiap hari.
- Kanser : Mereka yang mengambil omega-3 dalam jumlah yang tinggi mempunyai tahap yang rendah bagi sesetengah kanser seperti kanser payudara, kolon, ovari, esofagus dan lain-lain.
- Kemurungan dan lain-lain masalah psikiatri : Terdapat bukti yang memberangsangkan berkenaan omega-3 memainkan peranan penting dalam otak manusia. Dan mereka yang menderita kenurungan mempunyai jumlah omega-3 yang rendah. Terdapat juga bukti omega-3 boleh membantu mereka yang mengidap skizofernia dan kemurungan akibat gangguan mental.
Manfaat Omega-3 bagi Warga Tua
- Kesihatan Jantung : Mencegah risiko komplikasi dan kematian pada mereka yang mengidap sakit jantung. Omega-3 membantu denyutan jantung agar stabil. Mengurangkan risiko kematian sebanyak 45% buat mereka yang pernah mengalami serangan sakit jantung. Memperlahankan arteriosklerosis dan merendahkan risiko strok.
- Trigliserid : DHA dan EPA mampu mengurangkan kadar trigliserid sebanyak 20% hingga 50%.
- Rheumatoid Arthritis : Minyak ikan mampu mengurangkan simptom-simptom rhueumatoid atritis seperti kejang dan sakit diwaktu pagi, omega-3 perlu diambil dalam dose yang besar - 3-4 grams (dibawah pengawasan doktor)
- Osteoperosis : Kajian mendapati orang yang mengambil ikan yang banyak dalam diet mereka mempunyai kepadatan tulang pinggul yang tinggi. Kombinasi kalsium dan minyak primrose juga mampu meningkatkan kepadatan tulang bagi pesakit osteoporosis.
- Daya Ingatan, Dementia dan Penyakit Alzheimer : Beberapa kajian menunjukkan diet yang tinggi kandungan ikan membantu mengurangkan kehilangan daya ingatan dan risiko dementia yang lebih rendah. Suplemen omega-3 DHA membantu pesakit Alzheimer dan sakit yang berkaitan dengan kelemahan daya ingatan.
Rawatan Asthma Shaklee
Dapatkan produk untuk Rawatan Asthma dengan HARGA ISTIMEWA daripada Yaya! Setiap pelanggan akan diberikan TIPS & JADUAL pemakanan tau...cepat!cepat!
Hubungi Yaya | SID 1072506
PM/Whatsapp/WeChat | 011 3174 6901
COD area: Kuala Lumpur, Gombak, Taman Melewati, Wangsa Maju, Keramat, Ampang, Putrajaya,Cyberjaya, Cheras, Sri Rampai, Kg.Bharu, Sri Rampai, Jalan Tun Razak, Jalan Semarak, dll.
No comments:
Post a Comment