8:19 PM

Faktor Metabolisma Rendah Dan Cara Meningkatkan Metabolisma

Harini nak cerita bab metabolisma, mgkn ada yg mengalami masalah metabolisma. Biasanya mereka yg dikaitkan dgn metabolisma yg rendah ni even dah berdiet n kurangkan makan but still tak nampak hasil


FAKTOR YG MEMPENGARUHI METABOLISMA

1) Umur 



Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga menurun. 

2) Jantina
Secara umumnya Metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka yang besar dan mempunyai kurang lemak badan.

3) Genetik
Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme yang tinggi.Jangan risau jika anda tergolong dalam mereka yg mengalami masalah metabolisma yg rendah

CARA2 MENINGKATKAN METABOLISMA DALAM BADAN

1) Pemakanan 


Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar Metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar Metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.

Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.

Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar Metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.
  
2) Senaman 

 

Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.

 3) Minum banyak Air



Minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar Metabolisme , proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.

4) Tidur secukupnya. 


Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.


Ready stocks ALWAYS available! 
    Hubungi Yaya | SID 1072506 
    PM fb/SMS/Call/Whatsapp/WeChat | 017 360 4001

    COD area: Kuala Lumpur, Gombak, Taman Melewati, Wangsa Maju, Keramat, Ampang, Putrajaya,Cyberjaya, Cheras, Sri Rampai, Kg.Bharu, Sri Rampai, Jalan Tun Razak, Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan lain-lain.

PERHATIAN
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi di laman blog saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. 

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari doktor atau pakar kesihatan yg berkaitan serta cuba dapatkan nasihat daripada pakar sebelum mencuba.

No comments:

Post a Comment

Ready stock ALWAYS available!!

Ready stock ALWAYS available!!