1:26 AM

Testimoni Basic H dan Herbal Blend MultiPurpose Cream

Testimoni dari  blog http://irisdamiashop.blogspot.com/

2 minggu lepas damia tiba-tiba kena masalah kulit, mula asalnya sebiji macam kena gigit semut camtu, dia punya garu tempat tu sampai merah dan akhirnya mcm melecet, kena pada bahagian bawah pusatnya..dia sedap je mengaru tempat tu..sekali bila nak mandi bukak diapers macam dah jadi luka melecet dan membesar tempat tu..pedih usah citer ler..meraung dia bila mandi..kena air sakit tempat yg terkena luka ..mula nya ingat maybe sebab diapers tu kot lama sgt or sb dia kuat menggaru..mama pon apa lagi cepat-cepat sapu ubat gamat, tetap x ok jgk luka tu..lepas tue mama cepat pecahkan vita E sapu kat bahagian luka..ade le Nampak sikit kering lukanya..

Selang 2 hari makin teruk balik..mulanya hanya setempat sekali makin naik kat bahagian peha, celah peha, betis dan belakang badan..ini akibat kes sedap menggaru..tapi kali nie cam bintik seakan-akan nak kena chicken pox..ingatkan memang chicken pox ler..cepat-cepat kasi minum air kelapa kot ler penyakit tu cepat keluar..esoknya tetap tak de apa berlaku..yang ada hanya luka sana-sini macam melecet, sakit mmg dia meraung je bila mandi..bawak gi klinik doc kata bukan chicken pox..hanya allergi..doc pon bagi ler ubat allergi, krim sapu ngn antibiotic sahaja..

Nak bagi makan ubat punyalah payah, menangis mcm kena rotan..bila bagi guna syringe byk tumpah dari telan..mana nak hilang penyakit..mmg susah nak bagi ubat sekarang nie..tapi nasib baik ler ubat sapu dia nak..dalam 2 hari camtu tak jugak kering tempat luka..penyakit tu pulak makin merebak dan mengembang dari kecil ke besar..

Mama pon terpikir utk cuba mandikan dia ngn air basic H Shaklee..kebetulan mmg baru beli basic H nie sajer utk buat stok..apa lagi berendam ler dia dalam bath tub baby ngn air sabun buih-buih..suka ler dia kan..hanya 3 titik je dah penuh buih dlm besen tu..masa dia berendam tu mama ambik peluang utk gosok-gosok luka kat bahagian badan dia..nasib ler dia tak pedih..maybe sebab luka tu dah nak kering so tak sakit kot..

Dalam 3x berendam ngn air basic h dah nampak kesannya..tempat luka melecet tu dah kering dan ada yg dah hilang parutnya..Cuma bahagian yg besar tu lambat sikit hilang parut..alhamdulillah lega sangat masa nie..tapi selang 2 hari lepas tu datang balik, tapi kali nie kat bahagian lain pulak..mungkin juga tindak balas ubat atau pon penyakit tu tak keluar habis lg..dan jugak dia pun dok menggaru je kejanya..mana tak merebak..

Kali ni kena kat bahagian rambut ngn tengkuk, ada sikit kat bahagian muka..sebab tau bila tercium rambut dia bau busuk dan dia asyik mengaru rambut..kebetulan masa tu dia baru kena selesema, so tak shampoo rambut, takkan ler baru sekali tak shampoo rambut dah berbau kan.. bila mama nak tgk rambut dia, dia menolak tak bagi sentuh pun..inikan nak sikat rambut..menangis2 tak nak sikat..bila masa dia tido malam tu baru ler ada kesempatan nak tgk belek-belek rambut dia..patutler dia dok mengaru je..rupanya ada luka kat kepala dia..penuh dah luka berair sebab tu busuk baunya..kesian sungguh tgk..

Malam tu mmg dia menggaru tak ingat ler..mama tak tido malam dok jaga jgn bagi dia menggaru sangat..dah ler berjaga baby yg asyik nak nyusu je..so mmg pakej ler tak tido jaga anak-anak..huhu..
Esoknya, masa time nak mandi tue ajak dia rendam lagi dalam bath tub, mula dia sonok sangat ler sekali mama pegang kepala dia nak shampoo dia meraung sekuat hati..sakit dan pedih le tu..kesian sgt masa nie..dia menangis tak henti-henti..lastnya terus tak jadi rendam..mandi koboi jek..

Petang tu, cuba pujuk lagi utk mandi dalam besen, nasib mood dia ok dia nak rendam dalam basic h tu..mula-mula pujuk jgk ler main buih-buih..bila dia dah sonok, baru ler mama try sapukan setitik basic h tu kat kepala pula..buatkan shampoo..dia pon tak nangis masa nie..mungkin luka tu tak pedih..esoknya terus buat benda sama, mandi ngn shampoo dgn basic H..alhamdulillah ptg tu tgk luka kat kulit kepala dia dah ok, berkeping-keping keluar bila gosok..3hari guna basic h Alhamdulillah hilang dah penyakit gatal tu..Cuma skang nie walaupun dah hilang mama tetap guna jugak basic h sebagai air mandian dia..Cuma sekali sehari je ler..

Sekarang bila ade je nampak gatal or merah-merah kat badan dia mama cepat-cepat sapu krim herbal blen multi-purpose cream pulak..coz herba blend ni berasaskan sumber organic..biasala budak-budak kan kalau terpegang krim yg doc bagi tu kan racun pastu pegang makanan pulak..bahaya utk dia..so nasib ler ada krim organic nie..

Selepas 2 minggu hilang terus parut-parut..Cuma tggl saki baki je lg parut nak hilang..takut jugak mama kalau parut tak hilang..dah ler anak mama nie gegirl…aihhh burukler nanti parut sana-sini..alhamdulillah takde kesan..back to normal..hehe..happy-happy..

Mana tak happy bila anak sakit mama pon tak tentu arah jugak..nak jaga baby kecik lagi..dalam pantang lagi masa tue..mencabar ok!!! Takut pulak terkena jangkitan kat adik dia lagi..mmg payah betul nak jaga..siap pantang makan..tak bagi makan benda gatal..nasib ler dia pon takde mood jgk nak makan..sebelum nie pantang tgk org makan dia nak makan jugak…

gambar sebelum menggunakan basic H shaklee
 gambar selepas menggunakan basic H shaklee

 Puas hati ngn basic H ngn herbal blend ni..rasanya klau ada yg sakit gatal-gatal nil leh cuba mandi ngn basic h dan sapu herbal blend multi-purpose cream ni..sangat-sangat berbaloi dan puas hati…harga pon murah je…daripada bwk anak gi klinik, jumpa pakar kulit apa kata cuba yg organic je..mna tau berkesan, tak salah mencuba kan!!!



Ready stocks ALWAYS available! 
    Hubungi Yaya | SID 1072506 
    PM fb/SMS/Call/Whatsapp/WeChat | 017 360 4001

    COD area: Kuala Lumpur, Gombak, Taman Melewati, Wangsa Maju, Keramat, Ampang, Putrajaya,Cyberjaya, Cheras, Sri Rampai, Kg.Bharu, Sri Rampai, Jalan Tun Razak, Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan lain-lain.

PERHATIAN
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi di laman blog saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. 

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari doktor atau pakar kesihatan yg berkaitan serta cuba dapatkan nasihat daripada pakar sebelum mencuba.

No comments:

Post a Comment

Ready stock ALWAYS available!!

Ready stock ALWAYS available!!