{nie ambik dari blog Org} Click Disini http://ibuzidane.blogspot.com/2013/12/wajah-bebas-krim.html
Seronok rasanya. Dah 2 minggu pakai set enfuselle Shaklee. Kalau dulu pakai safi. Kena pakai krim bagai. Muka rasa berminyak je. Tapi sekarang tidak lagi. Hehe. Bila pakai enfuselle rasa segar. Sebab takde pon krim kecantikan, concealer ke apa ke. Rasa macam kulit muka boleh bernafas dengan baik.
Adik saya tanya kenapa saya tukar produk. Jawapan saya mudah. Saya dah nak mencecah 30 series dah tahun depan. Selama ni saya pakai produk biasa. Memang betul muka saya bukan jenis yg bermasalah. Tapi sejak terkena eczema di sekitar muka, terasa terpanggil untuk dapatkan produk yg lebih selamat. Kenapa? Sebab sebelum ni saya pakai krim kat kulit yg ada eczema tu, rasa tak selesa dan kering. Tapi so far sejak pakai enfuselle, takde pulak rasa tak selesa. Sebab tak rasa macam pakai krim pon. =)
Sekarang dah cukup dengan compact powder, light blusher dengan eyeliner. Kalau dulu, macam2. Dan semuanya krim. Dan semuanya melekit. Dan semuanya rasa macam menyumbat liang pori di muka.
Apa yg ada dalam set enfuselle ni?
Saya amik Enfuselle Basic System Normal - Dry. Sebab kulit saya kering. Walau tak berjerawat n sekali sekala je jerawat manja timbul, tapi saya tahu kulit saya kering. Kalau tak kering, takdela eczema tu. So dalam set ni ada apa?
Eye Treatment
Garis2 halus dan kedutan tak ketara lagi. Sebab eye treatment ni mengurangkan kemunculan garis2 halus dan kedutan serta menghilangkan lingkaran bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
Terbukti secara klinikal:
- 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 2 minggu
- 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu
- 209% pengurangan garis2 halus pada kulit dalam masa 8 minggu
- 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan kelembapan lebih lama dalam masa 8 minggu
- Tona kulit yg kembali sekata dalam masa 12 minggu
- Kandungan botani anti penuaan dan vitamin c memberikan faedah yg ketara pada kulit halus di sekeliling mata
- Sesuai juga untuk bahagian leher dan mulut
- Hipoalergenik, diakui oleh pakar2 oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta mata lekap
Hydrating Cleansing Lotion
Emulsi berkrim yg bertindak menanggalkan kekotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit. Penting ni sebab kulit kita sendiri ada lapisan minyak semulajadi untuk mengelakkan kulit daripada kering. Sesetengah produk lain di pasaran boleh menjejaskan lapisan minyak ni dan akibatnya kulit jadi kering dan kadang2 boleh jadi keradangan kulit. Bila dah kering mula la gatal. Sebab tu kalau boleh pilih produk semulajadi yg tak jejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
- Emolien yg kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
- Mencerahkan tona kulit
- pH yg seimbang
- Hipoalergenik
Hydrating Toner
Meneutralkan tindak balas yg boleh merosakkan kulit. Kalau nak tau, hydrating toner ni melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan enfuselle. Lepas cuci muka dengan cleansing lotion tadi, sapukan pulak dengan kapas toner ni. Memang rasa segar je.
- Terbukti secara klinikal
- Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
- pH yg seimbang
- Rumusan tanpa alkohol yg menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
- Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
Bagusnye toner ni sebab tanpa alkohol. Kadang2 sesetengah jenama di pasaran ada alkohol sebab tu bila kita pakai rasa sejuk semacam.
Hydrating Moisturizer
Melembapkan kulit sehingga 24 jam.
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yg jaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta merta. Yg ni memang betul. Tak macam sesetengah krim jenama lain yg memang betul2 creamy sampai rasa tak selesa sebab rasa melekit dan rasa ada benda menempek kat muka. Dan pakai krim ni takdela menjadikan kulit muka kita putih semacam sebab pakai krim.
Terbukti secara klinikal:
- 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
- 195% pengurangan garis2 halus dalam masa 28 hari
- 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
- Kesan yg ketara dapat dilihat dengan serta merta dan ia akan berterusan sehingga 24 jam
- Garis2 halus berkurangan dengan ketara
- Hipoalergenik
KENAPA PILIH SET KECANTIKAN SEMULAJADI & BAHAYA MERKURI
Tak kira la apa jenama sekali pon, kalau tak suka sangat dengan Shaklee sekali pon, sekurang2nya cari dan gunala jenama yg selamat dan semulajadi. Sebab kulit ni organ terbesar pada manusia. Sayang ke tidak organ terbesar kita ni? Kalau saya, saya sayang. Walau tak tahu sampai bila hidup mati kita, tapi sementara hidup ni la kena jaga baik2.
Sekarang kecoh kes kosmetik yang tak selamat. Bahaya sangat ke? Boleh refer sini ye : Bahaya Merkuri pada kosmetik.
Tapi secara kesimpulannya, saya boleh cakap, kalau kita gunakan produk yg ada merkuri dalamnya, walau takkan nampak efek terus sakit kulit ke apa ke, tapi untuk kesan jangka masa panjang memang bahaya.
Pemakaian kosmetik yg mengandungi merkuri dapat mengakibatkan:
- Melambatkan pertumbuhan janin dan mengakibatkan keguguran (Kematian janin dan mandul)
- Flek hitam pada kulit akan memucat (kononnya pudar) tapi bila pemakaian dihentikan, flek itu akan timbul lagi dan bertambah parah (melebar)
- Efek rebound yg memberikan respon berlawanan (kulit akan menjadi gelap/kusam bila pemakaian kosmetik dihentikan).
- Bagi wajah yg tadinya bersih, lambat laun akan timbul flek yg sangat parah dan lama kelamaan berubah menjadi kelabu dan kehitaman
- Dapat mengakibatkan kanser kulit
- Pada awal penggunaan akan menyebabkan iritasi kepada kulit dan kemerahan bila terkena matahari
- Tak timbul jerawat sama sekali, disebabkan lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit dah tak mengandungi protein & melanin yg berfungsi untuk melindungi radiasi sinaran matahari pon dah tak berfungsi. Lama kelamaan kuman akan suka kulit kita yg tercemar dengan merkuri termasuk nyamuk sekalipun. Dalam sesetengah keadaan, benjolan2 nanah akan timbul
- Pori2 akan mengecil dan halus, tapi ini sebenarnya disebabkan lapisan kulit luar wajah telah tipis dan terhakis disebabkan oleh logam merkuri. Untuk menguji lapisan pori yg nampak kecil ni, kita boleh cuba dedahkan kulit pada sinaran matahari dan kulit akan terasa terbakar, gatal serta kemerahan. Ini disebabkan oleh kulit wajah yg dah tak dapat perlindungan dari melanin yg dulunya berfungsi melindungi wajah kita dari radiasi matahari. Kalau kita pakai produk yg betul, pemakaian siang hari selalunya menggunakan pelindung SPF sehinggakan kita tak merasa sakit, irritate macam terbakar atau gatal.
Unsur merkuri yg ada dalam kosmetik akan diserap oleh kulit kemudian akan dialirkan melalui aliran darah ke seluruh tubuh badan kita dan merkuri tadi akan berada di dalam ginjal kita. Akibatnya, terjadilah kegagalan ginjal yg parah dan mungkin boleh mengakibatkan kematian. Merkuri dalam krim pemutih pon dapat menimbulkan keracunan bila digunakan dalam jangka masa yg lama.
Walaupun merkuri di dalam kosmetik tidak seburuk efek merkuri yg kita telan dari ikan yg tercemar, tapi lambat laun akan menimbulkan kesan buruk pada tubuh badan. Sebabnya, merkuri mudah diserap masuk ke dalam darah melalui sistem saraf tubuh.
Kalau la anda dah pernah guna kosmetik yg bermerkuri ni, semak balik. Kalau ada gangguan sistem saraf seperti rasa gementar, insomnia, gangguan penglihatan, pergerakan tangan tak normal, gangguan emosi atau depresi, maka itu semua mungkin gejala keracunan merkuri akibat pemakaian krim kulit yg salah.
Sebab tu bab kecantikan jangan dipandang enteng. Kalau nak nampak cantik sekali pun jangan ambil jalan singkat untuk nampak cantik tanpa buat kajian ke atas satu2 produk yg kita nak pakai tu. Bukanla nak mintak buat kajian sampai macam nak jadi saintis. Semak pendaftaran produk pon dah cukup. Kalau ada yg nak cuba semak, boleh la semak kat laman web BPFK. Yg ni betul2 sahih dan kita boleh tengok sendiri senarai kosmetik yg dah pon dibatalkan pendaftarannya.
So dah banyak cerita ni. Oh ye, Enfuselle ni ada set untuk kulit berminyak jugak. Nanti esokla saya sambung cerita ok!!
Pendekkan cerita, tepuk dada tanya hati. Kalau nak cantik yg berseri, biarlah pilih kosmetik semulajadi dan berkualiti.
{ wah:: yaya rasa nak try juga jer.. kulit yaya pun jenis kering} :)
Hubungi Yaya | SID 1072506
PM/Whatsapp/WeChat | 017 360 4001
COD area: Kuala Lumpur, Gombak, Taman Melewati, Wangsa Maju, Keramat, Ampang, Putrajaya,Cyberjaya, Cheras, Sri Rampai, Kg.Bharu, Sri Rampai, Jalan Tun Razak, Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment